PUAS
Thursday, November 7 0 comments
"Tak matriks lah kalau tak menyesal masuk matriks"
Yep tbh i did menyesal tapi dah ni jalan yang kita pilih. Jalan yang kita nak. There's just no turning back. Memang la belajar tu susah. Banyak kena berkorban. Belajar mana mana pun sama susahnya.
Final exam haritu memang susah. Balik balik dari exam hall dan kawan kawan aras 1 blok polaris, iaitu blok aku pasti akan menjerit. Termasuk aku. Menangis? Ah itu biasa. Menangis time exam itu normal. Kadang kadang aku terfikir juga sama ada aku yang bodoh atau soalan tu yang susah tapi bila semua kata susah, aku ok. Mak beberapa kali cuba menenangkan aku dan suruh aku lupakan tentang soalan yang menyakitkan hati itu.
Tapi janji aku puas. Aku dah buat yang terbaik. Aku tak kisah aku dapat berapa pointer sekalipun. Sebab aku tahu aku dah buat yang terbaik. Sebab time study week dengan exam week:-
Setiap hari aku nangis sebab freak out sangat.
Setiap hari aku nangis sebab aku rasa stress sangat.
Setiap hari aku nangis sebab aku dah tak boleh nak hafal fakta fakta bio
Setiap hari call mak sebab cuak sangat sambil nangis nangis
Setiap hari rasa tak puas nak nafas sebab gastric
Setiap hari tidur 3 jam
Setiap hari bilik bersepah dengan kertas kertas
Setiap hari tak basuh baju pastu end up bawak satu baldi kain kotor balik rumah
Setiap hari tak gosok baju sebab rasa macam tak cukup masa
Sebab kenapa aku puas?
Sebab aku dah usaha tapi aku taklah sampai tahap maximum. Aku tahu aku boleh push lagi diri aku. Mungkin ada orang tak payah belajar pun dsapat results gempak tapi kita ni separuh mati tak dapat results yang membanggakan. Kau rasa sebab apa?!? Sebab Allah sayang. Allah ada banyak rancangan untuk kita. Aku redha. Biar Allah buat kerja dia. Mungkin results tak bagus tu bukan sebab Allah tak dengar doa kita tapi Allah ada rancangan yang lagi bagus. Tak, Allah tak kejam. Allah tu sweet. Sweet sangat :))))